Saturday 12 April 2014

Berita Harian | Artikel Air Tercemar | Feb 2014

Baru-baru ini akhbar Berita Harian 16 Februari 2014 telah menerbitkan satu artikel bertajuk 'Ancaman Air Tercemar'.

Gambar dari akusaudagar

Gambar di atas adalah keratan daripada artikel akhbar tersebut. Sangat terperinci termasuk gambar rajah yang menerangkan tentang masalah air yang dihadapi oleh penduduk global dan Malaysia hari ini.

Sedikit petikan daripada artikel ini saya kongsikan:

Di Malaysia, pencemaran air di sekitar pantai peranginan Batu Ferringhi, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Lembah Klang baru-baru ini, menunjukkan pentingnya penjagaan alam sekitar, terutama sumber air.

Dalam kejadian itu, keadaan permukaan sebahagian air laut di Batu Ferringhi kehitaman dan mengeluarkan bau busuk, dipercayai akibat pembuangan air sisa tidak dirawat dari loji rawatan air sisa. Malah, perairan itu juga dikatakan berdepan ancaman bakteria membawa maut, Esherichia coli (atau lebih dikenali sebagai E.coli).

Di Lembah Klang, Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi terpaksa ditutup akibat paras ammonia di muka sauk loji air rawatan itu berada di paras tinggi melebihi 3.55 bahagian per juta (ppm) berbanding paras dibenarkan 1.50 ppm.

Kejadian itu menyebabkan pengguna air di sebahagian besar kawasan terjejas, iaitu Kuala Langat dan Hulu Langat terus mengalami gangguan bekalan air bersih.

Jelas, hari ini kita tidak lagi boleh mengharapkan air bersih dari LRA kerana walaupun air telah dirawat di sana, sebelum sampai ke kediaman kita,air tersebut telah tercemar semula terutama dari logam berat.

Hanya satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan sistem penulinan air dari mesin Bio Pure Elken.

No comments:

Post a Comment