Saturday 12 April 2014

Berita Harian | Artikel Air Tercemar | Feb 2014

Baru-baru ini akhbar Berita Harian 16 Februari 2014 telah menerbitkan satu artikel bertajuk 'Ancaman Air Tercemar'.

Gambar dari akusaudagar

Gambar di atas adalah keratan daripada artikel akhbar tersebut. Sangat terperinci termasuk gambar rajah yang menerangkan tentang masalah air yang dihadapi oleh penduduk global dan Malaysia hari ini.

Sedikit petikan daripada artikel ini saya kongsikan:

Di Malaysia, pencemaran air di sekitar pantai peranginan Batu Ferringhi, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Lembah Klang baru-baru ini, menunjukkan pentingnya penjagaan alam sekitar, terutama sumber air.

Dalam kejadian itu, keadaan permukaan sebahagian air laut di Batu Ferringhi kehitaman dan mengeluarkan bau busuk, dipercayai akibat pembuangan air sisa tidak dirawat dari loji rawatan air sisa. Malah, perairan itu juga dikatakan berdepan ancaman bakteria membawa maut, Esherichia coli (atau lebih dikenali sebagai E.coli).

Di Lembah Klang, Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi terpaksa ditutup akibat paras ammonia di muka sauk loji air rawatan itu berada di paras tinggi melebihi 3.55 bahagian per juta (ppm) berbanding paras dibenarkan 1.50 ppm.

Kejadian itu menyebabkan pengguna air di sebahagian besar kawasan terjejas, iaitu Kuala Langat dan Hulu Langat terus mengalami gangguan bekalan air bersih.

Jelas, hari ini kita tidak lagi boleh mengharapkan air bersih dari LRA kerana walaupun air telah dirawat di sana, sebelum sampai ke kediaman kita,air tersebut telah tercemar semula terutama dari logam berat.

Hanya satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan sistem penulinan air dari mesin Bio Pure Elken.

Friday 11 April 2014

Institut Jantung Negara Bekalkan Air RO?


Institut Jantung Negara ( National Heart Institute) atau dipanggil juga IJN, dahulunya adalah sebahagian daripada Hospital Besar Kuala Lumpur sebelum ia dikorperatkan. Disini saya bukan hendak menceritakan tentang latar belakang IJN.

Saya ingin kongsikan tentang penggunaan air reverse osmosis atau osmosis songsang (RO) di IJN yang dibekalkan kepada pesakit dan juga kakitangan di sini.


Air RO sering dianggap tidak elok oleh kebanyakan orang. Tetapi hakikatnya hanya air RO dapat menyingkirkan hampir kesemua bahan cemar dalam air. Buktinya, mengapa IJN gunakan air ini untuk seluruh IJN? tak mungkin IJN tak tahu air RO tidak elok?

Oleh itu fikir-fikirkanlah. Anda mahu minum air dari tapisan biasa atau air dari sistem tapisan RO yang hanya mengandungi air H2O?

Testimoni Bio Pure Elken | Ramli Bin Man


Testimoni Pengguna Bio Pure di atas datangnya dari Ramli Bin Man. Menurut Ramli, dia mempunyai masalah batu karang pada kedua-dua belah buah pinggangnya selama 6 tahun. Ramli juga mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis selama 8 tahun.

Untuk mengatasi masalah ini, Ramli telah menggunakan beberapa produk daripada ELKEN iaitu Lactose, Ester-C, EPA, Spirulina dan semestinya air dari mesin penulinan Bio Pure.

Selepas dua minggu mengamalkannya, keluar batu karang berbentuk pasir halus. Selepas dua bulan, keluar batu karang bersaiz lebih besar. Malah, masalah darah tinggi dan kencing manis Ramli juga kembali normal.