Sunday 22 March 2015

Air Alkali Dan Air Tulen | Yang Mana Perlu Pilih?

Ramai diantara kita terkeliru diantara air alkali dan air tulen. kebanyakan dari juru jual biasanya mengatakan yang badan kita mengandungi begitu banyak asid lantaran kehidupan kita pada hari ini serta pemakanan harian.

Benarkah air alkali baik untuk badan?

Baru-baru ini seorang ahli Gastroenterologi, Dr.Desmond Wai Chun Tao, berkata "tidak perlu minum air alkali"


Ramai orang sangka bahawa minum air beralkali memanfaatkan kerana dipercayai dapat mengimbangi tahap keasidan demi kesihatan yang lebih baik. Namun demikian, Dr.Wai mengatakan tidak perlu.


Naib Presiden Institut Cina Sains dan Teknologi Makanan, Encik Xiaosong Hu pula berkata

"Andai air alkali boleh mengubah tahap berasid ke alkali, maka ia akan memudaratkan badan anda, kerana ia membolehkan bakteria berbahaya seperti E.Coli membiak dalam persekitaran yang beralkali"

Disebabkan itu pakar air dari Pertubuhan Air Sedunia (WQA) Micheal R.Long hanya menyarankan kita meminum air tulen iaitu air H²O kerana inilah air yang dijadikan semula jadi oleh si pencipta alam.

Semoga perkongsian ini membantu anda dalam membuat pilihan yang terbaik untuk anda dan juga keluarga.

No comments:

Post a Comment